Pages

Wednesday, November 14, 2012

~ dOa AwAL & aKhIr TaHuN ~


assalam semua...for once again scha akan update entry psal awal muharram sok...korg mest terkejut kan? sbb date entry scha ni 13 oktober padahal scha update ini on 14 October... xtau la pc ni gelong ke pe tp date kat blog scha ni esti akn lambat sehari klu scha update pkai pc ni,huhuhu...okay forget about the pc and date..skg its the time scha nak update psal doa awal tahun and akhir tahun memandangkan sok kte dah msuk new year 1434H...alhamdulillah Allah panjangkan usia kite,so korg tau x bla nk kne bca doa akhir tahun and awal tahun ni? meh scha nk share dgn korg k?

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir blan Zulhijjah...so sempat lg la korg nak wat. ada fadhilatnya bla kta baca doa ni...Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun". Jom kte bca doa ni...




Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun plak dibaca sebanyak 3x selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. doa ni jgak ada fadhilatnya. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan". Jom kita baca doa ni...


Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.


No comments:

Post a Comment