Pages

Sunday, October 21, 2012

~ pEwArIs Pu$aKa ~

assalam...okay, kemarin scha dah update psal perkara2 yang kte kne settle sebelum nk buat pembahagian harta pusaka kan? mcm yg scha jnji hari ni scha akan update pasal siapa pewaris pusaka (pewaris lelaki dan perempuan) yang btul2 layak terima harta pusaka.untuk pengetahuan korang semua pewaris pusaka yang layak berbeza...klu nak tau apa yang beza jom kita baca kat bawah ni...

10 PEWARIS PUSAKA PIHAK PEREMPUAN YANG BERHAK

1. Anak perempuan
2. Ibu
3. Cucu perempuan daripada anak lelaki, termasuk anak perempuan kepada cucu lelaki sehingga ke bawah melalui lelaki sahaja.
4. Nenek sebelah ibu, sehingga ke atas melalui perempuan.
5. Nenek sebelah ayah sehingga ke atas melalui lelaki sahaja.
Maksudnya jika hubungan nenek sampai kepada si mati melalui nenek atau datuk yang bukan waris, maka nenek itu juga bukan waris, seperti ibu kepada ibu kepada bapa kepada ibu, di mana datuk (bapa kepada ibu) bukan waris. Berlainan dengan ibu kepada ibu kepada bapa kepada bapa, nenek ini seorang waris kerana ia sampai kepada si mati melalui waris semuanya.(yg ni korang kne bca banyak kali bru fhm)
6. Saudara perempuan kandung (seibu sebapa)
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu.
9. Isteri, seorang atau lebih.
10. Perempuan yang membebaskan hamba.






15 KATEGORI PEWARIS PUSAKA PIHAK LELAKI YANG BERHAK

1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki, termasuk cicit lelaki hingga ke bawah melalui lelaki sahaja.
3. Ayah.
4. Datuk sebelah ayah hingga atas melalui lelaki sahaja.
5. Saudara lelaki kandung (seibu sebapa)
6. Saudara lelaki sebapa.
7. Saudara lelaki seibu.
8. Anak lelaki kepada saudara lelaki kandung, sehingga ke bawah melalui lelaki sahaja.
9. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, sehingga ke bawah melalui lelaki sahaja.
10. Bapa saudara kandung sebelah bapa.
11. Bapa saudara sebapa sebelah bapa.
12. Anak lelaki kepada bapa saudara kandung sebelah bapa.
13. Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa sebelah bapa.
14. Suami.
15. Lelaki yang membebaskan hamba.








No comments:

Post a Comment