Pages

Wednesday, October 24, 2012

~ $aLaM aIDiLaDhA ~



assalam semua..maaf dah lma scha xupdate blog ni...emm so hari ni, sempena hari arafah, 9 Zulhijjah (mesti ramai yg puasa kan (^_^)scha nak update skit la blog ni psal asal - usul hari raya aidiladha...jom kte bca dan hayati ye kwn2?

SEJARAH AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

~ kEnApA DiCiPtAkAn NeRaKa ~


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang   dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam   satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan  majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Sunday, October 21, 2012

~ pEwArIs Pu$aKa ~

assalam...okay, kemarin scha dah update psal perkara2 yang kte kne settle sebelum nk buat pembahagian harta pusaka kan? mcm yg scha jnji hari ni scha akan update pasal siapa pewaris pusaka (pewaris lelaki dan perempuan) yang btul2 layak terima harta pusaka.untuk pengetahuan korang semua pewaris pusaka yang layak berbeza...klu nak tau apa yang beza jom kita baca kat bawah ni...

10 PEWARIS PUSAKA PIHAK PEREMPUAN YANG BERHAK

1. Anak perempuan
2. Ibu
3. Cucu perempuan daripada anak lelaki, termasuk anak perempuan kepada cucu lelaki sehingga ke bawah melalui lelaki sahaja.
4. Nenek sebelah ibu, sehingga ke atas melalui perempuan.
5. Nenek sebelah ayah sehingga ke atas melalui lelaki sahaja.
Maksudnya jika hubungan nenek sampai kepada si mati melalui nenek atau datuk yang bukan waris, maka nenek itu juga bukan waris, seperti ibu kepada ibu kepada bapa kepada ibu, di mana datuk (bapa kepada ibu) bukan waris. Berlainan dengan ibu kepada ibu kepada bapa kepada bapa, nenek ini seorang waris kerana ia sampai kepada si mati melalui waris semuanya.(yg ni korang kne bca banyak kali bru fhm)
6. Saudara perempuan kandung (seibu sebapa)
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu.
9. Isteri, seorang atau lebih.
10. Perempuan yang membebaskan hamba.



~ FaRaId ~

assalam...sory semalam xdapat nk update blog ni sbb bz skit..so hari ni scha (rsanya lg senang bhasakan dri dgn nama kan?) nak update skit psal faraid atau harta pusaka. banyak kes yang kte tengok selama ni adik beradik berebutkan harta pusaka atau lebih mementingkan wasiat daripada ahli keluarga yang sedang sakit (terutamanya mak atau ayah la kan) Faraid ni bkn benda yg blh dibuat main atau dipandang remeh...sebelum kte nk membahagikan harat pusaka tersebut ada beberapa perkara yang kita kne settlekan dlu...apa perkara2 tu? okay jom kte baca kat bwah ni...

PERKARA YANG PERLU DISELESAIKAN SEBELUM PENBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENGIKUT SUSUNAN:

1. Pengurusan jenazah si mati dengan kos semasa, tanpa pembaziran atau sebaliknya. Ini mencakupi proses memandikan, mengkafankan, pengebumian dan sebagainya.



2. Pembayaran segala hutang si mati sama ada yang menjadi hak Allah seperti zakat, nazar dan kaffarah atau hak manusia dapat hutang, pinjaman dan lain-lain. Antara 2 jenis hutang ini, hutang kepada Allah perlu didahulukan sebelum hutang manusia.


Friday, October 19, 2012

~ aL - FaTiHaH ~

assalam...hari ni saya ada nak kongsi satu berita sedih...kepada peminat2 bola sepak terutamanya pasukan kedah mesti dah tau pasal berita ni... ibu kepada pemain bola sepak terkenal Khyril Muhymeen Zambri telah menghembuskan nafas terakhir semalam... saya pernah berjiran dengan family beliau masa zaman kanak2 saya. ibu beliau seorang yang sangat baik hati, ramah dan lemah lembut. takziah saya ucapkan kepada Khyril Muhymeen sekeluarga atas kehilangan orang yang tersayang. semoga mereka tabah dalam menempuh dugaan ini. mari sama2 kita doakan semoga roh m.cik noor ditempatkan bersama mereka yang beriman...aamiin... al - fatihah...

kat bawah ni ada beberapa keping gambar arwah ibu beliau sebelum dan semasa sakit...









AL - FATIHAH....




Wednesday, October 17, 2012

~ SpAgHeTtI cArBoNaRa MuShRoOm bErKrIm ~

hari ni skali lagi saya nk share resepi spaghetti...spaghetti ni sbenarnya da mcm2 jenis tau? hari tu saya dah share resepi spaghetti spicy seafood..so, kali ni ni nak share plak spaghetti carbonara mushroom berkrim...yummy, sedapnye hehehe...tp saya ni xla pandai sgt, jadi hari ni nak share untuk sos carbonara yang segera je...alaaa yg chef riz dok promote tu, PREGO hehe...xpandai la nk wat sos sndri nnt len plak yg jadi...so dah melalut pun panjang, jom kta tgk cmne nk wat resepi carbonara ni (^_*)


BAHAN - BAHAN:

1/2 bungkus spaghetti
1 tin sos carbonara PREGO
Sedikit isi ayam atau daging (better pkai yang cincang)
Bawang putih - dicincang
Bawang merah - dicincang
Mushroom butang - dihiris
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Lada sulah



CARA - CARA MEMBUATNYA:

1. Rebuskan spaghetti (letakkan sedikit marjerin @ minyak untuk elakkan spaghetti melekat). Toskan dan asingkan.

2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging atau ayam cincang dan gaul hingga masak.

3. Masukkan sos carbonara PREGO dan gaulkan bersama-sama daging atau ayam tadi. 

4. Masukkan mushroom butang dan gaul hingga sebati.

5. Bila dah nampak pekat sikit, masukkan susu segar sedikit demi sedikit sampai berkrim.

6. Letakkan sedikit garam dan lada sulah sebagai perasa.

7. Untuk hiasan, letakkan daun parsley di atas hidangan yang siap.



SELAMAT MENCUBA!!! (^_^)

~ sPicY SpAgHeTtI sEaFoOd ~

hye semua...hari ni saya nk kongsi satu resepi yang senang sgt2 nak buat...resepi ni sesuai sangat pda yg suka makan seafood and makanan pedas..lets check it out..

SPICY SPAGHETTI SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:

200 gram spaghetti - direbus (jgn terlalu lama nnt xsedap)
4 ekor udang - dikupas (supaya senang nk mkn nnt)
1 ekor sotong - dihiris bulat
4 ulas bawang putih - diketuk dan dikupas
1 biji lemon - diambil jusnya
1/2 cawan daun parsli - dicincang
1 sudu teh cili kering yang telah dihancurkan
1 sudu teh lada hitam - dihancurkan
2 sudu minyak zaitun dara
Garam kasar

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan kuali di atas api sederhana tinggi.
2. Masukkan udang dan masakkan selama tiga minit. Angkat.
3. Ulangi langkah yang sama (1 & 2) untuk memasak sotong.
4. Tambahkan 1/2 cawan minyak zaitun dara.
5. Masukkan bawang putih, cili kering dan lada hitam.
6. Gaulkan spaghetti di dalam kuali dengan daun parsli, garam kasar dan jus lemon.
7. Selepas semua sebati, hidangkan ke atas pinggan.




SELAMAT MENCUBA!!! (^_^)



~ FaDhiLaT bAsMaLLaH ~



1. Basmallah adalah bacaan pembuka kepada amalan yang baik

* Hadis Nabi yang bermaksud:
" Setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmallah, maka ia akan menjadi kurang."

* Tidak sempurna keselamatan ketika menaiki kenderaan sama ada di darat, udara dan laut selagi tidak disebut nama Allah. Firman Allah dalam surah Hud ayat 41 yang bermaksud:

" Dan dia (Nabi Nuh)berkata: Naiklah kamu ke dalamnya (bahtera) dengan nama Allah."




2. Basmallah adalah pendinding keselamatan rumah dan barang-barang daripada kebakaran, kerosakan dan kehilangan.

* Ia juga pelindung daripada syaitan yang menyelinap di dalamnya (rumah & barang-barang). Dalam sebuah hadis riwayat al - Bukhary, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Tutuplah pintumu (pintu rumahmu) dan sebut nama Allah. Padamkan lampumu dan sebut nama Allah. Ikat penutup bekas air (supaya air tidak tumpah dan dimasuki sesuatu) dan sebut nama Allah. Tutup perkakasmu (gelas, cawan, bejana & lain-lain) dan sebut nama Allah."




Tuesday, October 16, 2012

~ pEtUa ~

hari ni saya ada nak kongsi skit beberapa petua yang saya dapat dari bacaan saya kat majalah (korg teka la majalah apa ye, hehehe)sesuai la dgn blog ni sharing is caring right? so, jom kita baca apa petua - petua tu k? jgn baca je, jom la sama-sama kita amalkan ye?

1. Minyak zaitun langsingkan tubuh

* Bagi yang inginkan tubuh yang langsing, amalkan mengambil satu   sudu minyak zaitun setiap kali sarapan pagi. Ia boleh membakar lemak sehingga tiga kali ganda dan meningkatkan metabolisme tubuh. Jika sukar untuk menelan minyak zaitun, ambil bersama salad. Pasti berhasil.



2. Atasi panau dengan bahan alami

* Malu dengan panau pada tubuh boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Tumbuk lumat daun pinang muda dan lengkuas. Kemudian, sapukan pada tubuh yang berpanau pada setiap malam. Biarkan hingga keesokan hari. InsyaAllah ia akan beransur pulih.












3. Petua merawat sakit gigi

* Jika anda mengalami sakit gigi, dapatkan isi daun lidah buaya. Letakkan pada gigi yang sakit dan biarkan selama dua atau tiga jam. Hasilnya rasa sakit itu akan hilang.

Monday, October 15, 2012

~ CiNtAI ALLAH sEbELum cInTaI DiA ~


Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah
Itulah cinta…

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan
Jika disandarkan pada Allah
Cinta itu kan jadi muhibah
Jika disalurkan pada jalan yang benar
Cinta itu kan jadi riang
Jika tak bertentang buat para Muslimah di luar sana
Usah gusar jika belum berpunya
Usah risau jika belum dipetik sesiapa
Usah malu jika tiada lelaki bertakhta

Yakinlah dengan qada qadar Allah
Bila mana keluarnya kita dari rahim seorang ibu
Tercatat sudah di luh mahfuz
Siapa jodoh kita
Bila akhir hayat hidup kita
Di mana nafas terakhir kita

Yakinlah
Allah la sebaik-baik pengatur hidup
Berdoalah tiap kali lepas solat
Wa la takilnailaanfusinatorfata ‘ain
Ya Allah, jangan Kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh kami sendiri
Walaupun Cuma sekelip mata

Sunday, October 14, 2012

~ DaRk sIdE ~


There's a place that I know
It's not pretty there and few have ever gone
If I show it to you now
Will it make you run away

Or will you stay

Even if it hurts
Even if I try to push you out
Will you return?
And remind me who I really am
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side

Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Like a diamond
From black dust
It's hard to know
It can become
A few give up
So don't give up on me
Please remind me who I really am


Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it

Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away
Just tell me that you will stay


Promise me you will stay

Don't run away
Don't run away
Just tell me that you will stay
Promise me you will stay

Will you love me? ohh
Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?


Don't run away

Don't run away
Don't run away
Promise me you'll stay



safuraaledrus.blogspot.com


Saturday, October 13, 2012

~ OhHhH sEniOrKu ~

dah dkat one week rsanya xbka and update blog ni, hari ni bru sempat hehehe... maklum la nk fokus kat exam kan?hihihi... anyway cam korg tau yg me and my friends  kne amek exam kat KL kan, alhamdulillah ktorg semua lulus (result on the spot tuuuuu....nervous gler hehehe)okay back to the story,nak dijadikan cte msa kat KL saya telah berjaya membuat surprise yg mmg sgt bermakna buat dua org sahabat baik (my senior actually)...nak dijadikan cerita mula2 nya terjumpa dgn sorg of my senior then ktorg story mory psal knangan lama la hihi...it has been 7 years ago last ktorg jmpa tu pun sbb ex gf (opsss hihi tp nma tetap dirahsiakan ats permintaan) die study sma kebetulan kan hihi...tgah ktorg rancak dok sembang tu tbe2 da satu call masuk...then my senior said (okay sng cte i call him senior A)
"tu da call masuk tu", then i said
"nak tau spe yg call?hehehe"

Monday, October 1, 2012

~ PuLut sEkAyA @ SeRi mUKa ~



mesti semua org kenal kan ni kuih ape,btul x? haaa...ni la kuih seri muka atau pun pulut sekaya. kuih ni mmg favourite sy, so klu korg pun ske kuih ni gak pe kata jom kita tgk resepi bwah ni. pasni tak yah dah ssh2 gi bli, klu xde org jual pun kte dah blh wat sendri...ENJOY THE RECIPE (^_*)

KUIH SERI MUKA @ PULUT SEKAYA

Bahan Lapisan Bawah:

  • 2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam
  • 2 cwn pulut - rendam selama 3 jam
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan pulut dan toskan. Kemudian kukuskan pulut sehingga masak.
  2. Minyakkan sedikit loyang lain dan tekankan pulut yg telah masak td.
  3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas:
  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn jus pandan (ni saya ambil dr 2 helai daun pandan serani+4 helai daun pandan biasa)
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastard (saya guna tepung jagung)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
  2. Tuangkan adunan adunan ini pelahan-lahan di atas pulut tadi
  3. Kukuskan semula lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.


~ mAyaT BeRjALaN dI sULaWEsI ~





nk percaya ke xpercaya?korang sendiri la decide ek? klu xpercaya sbb ada gambar kan?emm ntah lah, mungkin dah mmg adat dorang pelik2 mcm ni. jom kita baca npe dorg wat camni...


INDONESIA yang dihuni pelbagai etnik sememangnya terkenal dengan upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual ‘mayat berjalan’ yang dipanggil ma’nene yang masih diamalkan oleh etnik Baruppu yang mendiami Tana Toraja di Sulawesi Selatan.
Etnik pribumi yang mendiami kawasan Pergunungan Sesean ini menganggap semangat ahli keluarga yang telah mati akan kekal bersama ahli keluarga yang masih hidup. Lantaran itu, mereka sangat menghormati mayat.
Menurut ketua masyarakat Baruppu, Pongtiku, ma’nene merupakan ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Ia diadakan setiap tiga tahun sekali.
“Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat.
“Mayat kemudiannya dibersihkan, dibawa berjalan pulang ke rumah dan dipakaikan pakaian baharu,” katanya.
Upacara ma’nene dipercayai mula diamalkan ratusan tahun dahulu oleh seorang pemburu binatang bernama Pong Rumasek.
“Satu hari, ketika Pong berburu di hutan tebal, dia terjumpa dengan rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tidak terurus, dia membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya.
“Selepas itu, mayat itu diletakkan di tempat yang lebih sesuai.
“Sejak itu, rezeki Pong melimpah-ruah. Setiap kali keluar berburu, dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong, malah hasil tanamannya semakin menjadi.
“Pong juga dikatakan sering ditunjukkan di mana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu.
“Sejak itu, Pong beranggapan, mayat yang sudah tinggal tulang-belulang juga perlu dimuliakan dan itu adalah amanatnya yang menjadi pegangan kaum Baruppu hingga ke hari ini,” jelas Pongtiku.
Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma’nene, persiapan dilakukan sejak awal pagi lagi.
Seperti Tumonglo, seluruh ahli keluarganya akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma’nene untuk membuat persiapan.
“Sebelum mayat dibawa pulang ke rumah, kami perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dulu.
“Upacara ini diraikan bukan sahaja sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung,” ujarnya.
Jelas Tumonglo lagi, walaupun ada dalam kalangan ahli keluarganya sudah memeluk agama Kristian, mereka masih kuat berpegang kepada adat Baruppu.
“Mereka tetap hadir untuk menghormati upacara ini. Walaupun tidak terlibat secara langsung, sekurang-kurangnya mereka masih datang untuk meraikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.
Selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar ahli keluarga akan pergi ke kawasan perkuburan di tebing gunung batu Tunuan bagi menunggu keranda milik datuk Tumonglo yang meninggal dunia tahun lalu dibawa turun.
“Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada terjatuh. Sebarang kecuaian boleh merosakkan keadaan mayat di dalamnya, ” ujar lelaki ini.