Pages

Wednesday, October 17, 2012

~ FaDhiLaT bAsMaLLaH ~



1. Basmallah adalah bacaan pembuka kepada amalan yang baik

* Hadis Nabi yang bermaksud:
" Setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmallah, maka ia akan menjadi kurang."

* Tidak sempurna keselamatan ketika menaiki kenderaan sama ada di darat, udara dan laut selagi tidak disebut nama Allah. Firman Allah dalam surah Hud ayat 41 yang bermaksud:

" Dan dia (Nabi Nuh)berkata: Naiklah kamu ke dalamnya (bahtera) dengan nama Allah."




2. Basmallah adalah pendinding keselamatan rumah dan barang-barang daripada kebakaran, kerosakan dan kehilangan.

* Ia juga pelindung daripada syaitan yang menyelinap di dalamnya (rumah & barang-barang). Dalam sebuah hadis riwayat al - Bukhary, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Tutuplah pintumu (pintu rumahmu) dan sebut nama Allah. Padamkan lampumu dan sebut nama Allah. Ikat penutup bekas air (supaya air tidak tumpah dan dimasuki sesuatu) dan sebut nama Allah. Tutup perkakasmu (gelas, cawan, bejana & lain-lain) dan sebut nama Allah."





3. Basmallah adalah pendinding bagi suami isteri agar anak-anak mereka tidak diganggu oleh syaitan.

* Bermula waktu bersama (persetubuhan) hinggalah sesudah melahirkan anak. Ini sebagaimana yang terdapat dalam hadis riwayat al - Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Jika seseorang daripada kamu apabila mahu mendatangi isterinya, dia membaca: ' Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada anak yang Engkau rezekikan kepada kami.' Sesungguhnya, jika ditakdirkan antara mereka berdua memperoleh anak daripada waktu bersama itu, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya."




No comments:

Post a Comment