Pages

Monday, October 15, 2012

~ CiNtAI ALLAH sEbELum cInTaI DiA ~


Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah
Itulah cinta…

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan
Jika disandarkan pada Allah
Cinta itu kan jadi muhibah
Jika disalurkan pada jalan yang benar
Cinta itu kan jadi riang
Jika tak bertentang buat para Muslimah di luar sana
Usah gusar jika belum berpunya
Usah risau jika belum dipetik sesiapa
Usah malu jika tiada lelaki bertakhta

Yakinlah dengan qada qadar Allah
Bila mana keluarnya kita dari rahim seorang ibu
Tercatat sudah di luh mahfuz
Siapa jodoh kita
Bila akhir hayat hidup kita
Di mana nafas terakhir kita

Yakinlah
Allah la sebaik-baik pengatur hidup
Berdoalah tiap kali lepas solat
Wa la takilnailaanfusinatorfata ‘ain
Ya Allah, jangan Kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh kami sendiri
Walaupun Cuma sekelip mata


Islam mengiktiraf cinta. Buktinya dalam al-Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah at-Taubah ayat 24. Dalam ayat ini Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam:

1. CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad pada jalannya
2. CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3. CINTA RENDAH: Cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah, Rasulullah dan cintakan jihad di bawah jalannya.


“ Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia sebagai fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia menjadi fitnah yang boleh membawa kepada kita membuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah tidak menjadi fitnah. Sehari tidak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pula rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah.”

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”
(imam Nawawi)

No comments:

Post a Comment