Ini kisah benar..kisah
seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk
memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa
jumlah denda yang dikenakan sekiranya
didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis
panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz
ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah
untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda
semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan
sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka
dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz
ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni
termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia
akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi
perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka
Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam
neraka..."
Gadis tersebut yang dari
awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik,
kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan
Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap.
Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu
membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak
jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya
sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati
pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik
dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka
tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut.
Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka
confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang
baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu
lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang
yang dibunuh dalam syurga..perogol akan
bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia
nak.. takde siapa yang terima hukuman.
Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil
ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam
tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan
menyoal lagi: "Bila tuhan tak
adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri
kata-katanya: "Adik, saya bagi
nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia
juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya
yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak
dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan
segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati
kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita
dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum."
No comments:
Post a Comment