Pages

Tuesday, October 16, 2012

~ pEtUa ~

hari ni saya ada nak kongsi skit beberapa petua yang saya dapat dari bacaan saya kat majalah (korg teka la majalah apa ye, hehehe)sesuai la dgn blog ni sharing is caring right? so, jom kita baca apa petua - petua tu k? jgn baca je, jom la sama-sama kita amalkan ye?

1. Minyak zaitun langsingkan tubuh

* Bagi yang inginkan tubuh yang langsing, amalkan mengambil satu   sudu minyak zaitun setiap kali sarapan pagi. Ia boleh membakar lemak sehingga tiga kali ganda dan meningkatkan metabolisme tubuh. Jika sukar untuk menelan minyak zaitun, ambil bersama salad. Pasti berhasil.



2. Atasi panau dengan bahan alami

* Malu dengan panau pada tubuh boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Tumbuk lumat daun pinang muda dan lengkuas. Kemudian, sapukan pada tubuh yang berpanau pada setiap malam. Biarkan hingga keesokan hari. InsyaAllah ia akan beransur pulih.












3. Petua merawat sakit gigi

* Jika anda mengalami sakit gigi, dapatkan isi daun lidah buaya. Letakkan pada gigi yang sakit dan biarkan selama dua atau tiga jam. Hasilnya rasa sakit itu akan hilang.



4. Mengurangkan kuning pada bayi

* Bagi mengelakkan bayi mengalami penyakit kuning sewaktu dilahirkan, sebaiknya semasa kandungan berusia lapan bulan, para ibu haruslah mengamalkan memakan kacang bendi. Lebih efektif jika ia makan secara mentah sebagai ulaman.


5. Rawat ulser secara tradisional

* Ulser di mulut begitu menyakitkan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Anda boleh atasinya dengan meletakkan sedikit buah senduduk putih yang telah masak pada ulser. Ia akan mudah sembuh.



SELAMAT MENCUBA !!!! (^_^)


No comments:

Post a Comment